Institute of Postgraduate Studies  |  Universiti Sains Malaysia

Carta Organisasi

fungsi belanjawan

  1. Penyediaan Cadangan/Permohonan Anggaran Belanjawan Tahunan Universiti
    Menyelaraskan penyediaan cadangan/permohonan anggaran Belanjawan Tahunan Universiti kepada pihak Agensi Pusat berdasarkan penetapan halatuju/fokus Universiti
  1. Pengurusan Mesyuarat Belanjawan
    Mengurus pelaksanaan Mesyuarat Pemeriksaan Belanjawan Tahunan Universiti dan mesyuarat lain berhubung pengurusan belanjawan Universiti
  1. Pengurusan Agihan Belanjawan Tahunan
    Mengurus Agihan Belanjawan Tahunan kepada PTJ mengikut Kumpulan Wang dan komponen
  1. Pengurusan Pergerakan Peruntukan
    Mengurus permohonan oleh PTJ bagi pergerakan peruntukan/pindaan, sepanjang tahun merangkumi pindaan senarai asset
  1. Pengurusan Muatnaik Peruntukan ke Sistem Kewangan
    Mengurus proses muatnaik peruntukan ke dalam sistem kewangan bagi PTJ/aktiviti yang telah diluluskan merangkumi kemaskini pergerakan peruntukan, maklumat alatan serta geran penyelidikan sepanjang tahun
  1. Penyediaan Laporan
    Menyediakan laporan berhubung belanjawan kepada pihak Pengurusan Universiti dan Agensi Pusat di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
  1. Pemantauan Prestasi
    Memantau prestasi kewangan program/aktiviti di bawah seliaan Seksyen Belanjawan
  1. Khidmat Nasihat
    Memberi khidmat nasihat dan sebagai sumber rujukan berhubung belanjawan Universiti
BELANJAWAN KUMPULAN WANG UNIVERSITI

Belanjawan Kumpulan Wang Mengurus
Merupakan peruntukan tahunan yang diagihkan kepada sesuatu pusat tanggungjawab (PTJ) untuk membiayai kos operasi tahunan, merangkumi komponen Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan Dasar One-Off bagi membiayai keperluan untuk keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang perlu dibelanjakan dalam tahun semasa. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan dan Sumber Dalaman Universiti

Belanjawan Universiti Penyelidikan
Merupakan peruntukan yang diagih kepada PTJ untuk membiayai aktiviti/program/projek yang telah dikenapasti oleh Universiti dan yang perlu dibelanjakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan

Belanjawan Kumpulan Wang Pembangunan
Merupakan peruntukan yang membiayai projek-projek pembangunan, peralatan dan kerja pembaikan/naiktaraf di mana kos yang terlibat adalah amat tinggi dan dilaksanakan dalam tempoh melebihi satu tahun (satu hingga lima tahun, berdasarkan perancangan pelaksanaan projek). Sumber peruntukan adalah dari Geran Kerajaan

Belanjawan Kumpulan Wang Am Dan Enterprise
Merupakan peruntukan yang membiayai aktiviti kumpulan wang tertentu dan dilaksanakan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan, merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan. Sumber peruntukan adalah dari hasil penjanaan pendapatan pusat tanggungjawab (PTJ), sumbangan pihak luar dan lain-lain seperti yang ditentukan dalam terma rujukan Kumpulan Wang berkenaan

Bendahari USM

Disclaimer: Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. We reserve the right to revise any information from time to time at our absolute discretion without prior notice and shall not be liable for any loss or damage on any ground due to such revision.


logoipsv1

Institute of Postgraduate Studies
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang, Malaysia.
Tel.: +604-653 2994
Fax: +604-653 2940
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
facebook youtube telegram google maps uitm

VISITORS

Flag Counter

Our support Hotline is available 8 hours a day
Monday - Friday: 8.10am - 5.10pm
Weekend: Closed


Hak Cipta © 2022 Institute of Postgraduate Studies, Universiti Sains Malaysia. |  icon admin

  • Last Modified: Tuesday 06 May 2025.